Siakap Keli
Kredit: Bernama

BERSATU Mahu Tun Mahathir Jadi PM Ke-8, Tolak Peletakan Jawatan Sebagai Pengerusi Parti

Petaling Jaya, 25 Feb – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyokong Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-8 Malaysia.

Dalam mesyuarat tergempar PPBM sebentar tadi, mereka turut menolak peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi parti.

Siang tadi, Tun Mahathir telah dilantik sebagai PM sementara (Interim) atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Atas kapasiti perdana menteri sementara, beliau telah menasihatkan YDPA untuk membatalkan pelantikan semua menteri sekaligus membubarkan parlimen Malaysia berkuatkuasa semalam.

Sementara itu, Bersatu turut menafikan dakwaan adanya ahli parlimen atau pimpinan yang keluar dari parti berkenaan.

Sumber: Bernama

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.