Siakap Keli
Kredit: Daily Express/Facebook

Bubar Parlimen, Kembali Kepada Rakyat Untuk Dapatkan Mandat- Tok Mat

Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan menyifatkan cadangan pembubaran parlimen sebagai wajar berdasarkan situasi semasa.

Menurutnya, pembubaran parlimen sesuai dilakukan bagi memberi ruang kepada pilihanraya umum ke-15 di Malaysia.

Pendapat beliau telah dikongsikan di laman Facebook miliknya sebentar tadi.

Umno/BN dan Pas sebagai mewakili Muafakat Nasional menyarankan Parlimen di bubar bagi membolehkan pilihanraya umum diadakan.

Cadangan ini amatlah munasabah, wajar dan sangat sesuai untuk menyelesaikan kemelut politik pasca kejatuhan Pakatan Harapan.

Masa depan negara dan kestabilan politiknya mesti ditentukan oleh rakyat dan bukan elit politik.

Kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat adalah jalan terbaik untuk demokrasi Malaysia berfungsi sebaiknya.

Semoga dilimpahkan rahmat taufik dan hidayah daripada Allah swt buat semua demi mendapatkan keputusan terbaik buat sekalian rakyat Malaysia… InsyaAllah.

Sumber: Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan

Amira

Love yourself.