Situasi politik tanah air menyaksikan Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selama kira-kira 90 minit pada petang Isnin.
Dalam pertemuan berkenaan, Tun Mahathir dilaporkan telah meletak jawatannya sebelum YDPA berkenan melantik semula Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim.
Selain itu, YDPA juga berkenan untuk membatalkan pelantikan kesemua menteri-menteri dalam kerajaan.
Sejak semalam, perkataan interim acap kali digunakan media sejak semalam dan mungkin menimbulkan sedikit persoalan mengenai maksud Perdana Menteri Interim dalam kalangan orang ramai.
Apakah perbezaan dengan istilah Perdana Menteri yang biasa digunakan, bagaimana fungsinya dan kuasa-kuasa yang dimiliki Perdana Menteri Interim?
Jom baca infografik dibawah.
Sumber : BERNAMA