Siakap Keli

”Terima Kasih Beri Saya Peluang Memimpin Kalian..” – Ketua Menteri Melaka

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari mengucapkan terima kasih kepada rakyatnya kerana memberi peluang untuk beliau memimpin negeri itu.

Adly memuat naik kenyataan tersebut di Twitter susulan perubahan yang dijangka berlaku pada landskap kepimpinan negeri, hari ini.

“Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang saya memimpin kalian.

“Walaupun tempoh itu singkat, saya telah berusaha memberikan yang terbaik dengan kudrat yang ada untuk menghilangkan kelaparan, kejahilan dan kedukaan semua.

“Didoakan semua dirahmati Ilahi,” tulisnya.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar PH, sekaligus merombak semua kepimpinan negeri.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)