Siakap Keli

“Biar Apa Pun Yang Datang, Setiaku Hingga Hujung Nyawa”- Dr Wan Azizah

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah memuatnaik ucapan sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ditujukan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,  melalui laman Twitter.

“Biar ribut dan badai datang melanda. Biar hujan dan panas namun kita tetap bersama. Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa. Selamat ulang tahun perkahwinan bersama Anwar Ibrahim yang ke 40,” ujarnya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail disatukan sebagai pasangan suami isteri pada tanggal 26 Februari 1980.

Perkahwinan mereka dikurniakan dengan enam cahaya mata iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham dan Nurul Hana.

Sumber : Dr Wan Azizah

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.