Siakap Keli

Amanah Perak Sokong Kepimpinan Menteri Besar

IPOH, 26 Feb (Bernama) — Parti Amanah Negara (Amanah) Perak menyokong penuh kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Pengerusinya, Datuk Asmuni Awi berkata tiada sebab untuk Amanah Perak bertindak menongkah arus memandangkan Ahmad Faizal masih mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak.

Beliau berkata, walaupun di peringkat pusat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah meninggalkan Pakatan Harapan (PH) namun perkara itu tidak merencatkan fungsi gabungan itu dalam menjalankan pentadbiran kerajaan negeri.

“Macam di pusat, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kata dia letak jawatan,jadi semua menteri perlu letak jawatan sebab kabinet itu dilantik oleh beliau. Macam kita di negeri, menteri besar tak letak jawatan, jadi pentadbiran bergerak seperti biasa.

“Begitu juga kalau kita tengok kenyataan yang dibuat oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dia kata ahli parlimen (keluar parti) bukan ADUN,” katanya pada sidang media di Wisma Amanah Perak di sini, lewat malam tadi.

Ketika ini, Amanah mempunyai enam kerusi daripada 59 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story