Siakap Keli

Covid-19: Dua Negara Tak Benarkan Berlabuh, Lagi Kapal Persiaran Terpaksa Berlayar Tanpa Arah

Berikutan kebimbangan kes melibatkan kapal persiaran Princess Diamond berulang, kerajaan Jamaica dan pemerintah Pulau Cayman tidak membenarkan sebuah lagi kapal persiaran, Meraviglia daripada berlabuh di pelabuhan  kedua-dua negara tersebut.

Ia berikutan laporan yang menyebut terdapat kes dengan simptom-simptom influenza di atas kapal tersebut.

Menurut The New York Times, Meraviglia membawa seramai 4,500 penumpang dan 1,600 anak kapal. Kapal berkenaan berlepas dari Miami, Amerika Syarikat menuju ke Ocho Rios, Jamaica.

Kerajaan Jamaica yang bimbang dengan laporan berkenaan turut mengambil keputusan untuk tidak membenarkan semua penumpang dan anak kapal mendarat.

Meraviglia dilaporkan akan berlabuh di Pulau Cayman, pagi Rabu, namun tidak dibenarkan berbuat demikian atas kebimbangan yang sama.

“Dalam pemerhatian kami, untuk melindungi  penduduk daripada wabak berkenaan di Kepulauan Cayman, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak membenarkan kapal itu berlabuh disini,” kata Dwayne Seymour, Menteri Kesihatan Kepulauan Cayman.

Princess Diamond yang berlabuh di Jepun menyaksikan ratusan penumpang kapal tersebut disahkan positif Covid-19.Be

Sumber : New York Times 

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.