Siakap Keli

”Kalau Ada Umur Yang Panjang, Boleh Kita Berjumpa Lagi..” – Dr Wan Azizah

”Setiap yang bermula, pasti ada akhirnya,” demikian kata-kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu posting terbaru yang dimuat naik di Instagram rasminya semalam.

Tidak lagi menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat susulan pembatalan pelantikan semua menteri, Dr Wan Azizah mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah berjasa sepanjang khidmatnya.

Malah, beliau turut berterima kasih kepada mereka yang memberikan kata semangat kepada beliau dan mendoakan yang terbaik buat Malaysia.

Setiap yang bermula, pasti ada akhirnya.

Mengukir senyuman sambil melangkah di hari terakhir saya menggalas amanah sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menyantuni warga kerja yang selama ini telah memberikan komitmen dan dukungan kepada saya dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan jasa bakti sepanjang saya bertugas.

Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Bismillahirrahmanirrahim.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Sentiasalah kita berfikiran positif agar kita lebih tabah melalui liku-liku kehidupan.

Terima kasih buat mereka yang memberikan kata semangat dan mendoakan yang terbaik buat kita semua dan Malaysia.

Hari ini, baki 132 daripada 222 Ahli Parlimen dijadual menghadap YDP Agong bagi menyatakan pendirian dan pandangan mereka bagi membentuk kerajaan baharu.

Semalam, pertama kali dalam sejarah di peringkat persekutuan ,YDP Agong berkenan memanggil kesemua Ahli Parlimen secara rawak tanpa mengikut parti untuk ditemual secara peribadi oleh baginda.

Sumber: drwanazizah

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)