Siakap Keli

Lelaki Dipercayai Pukul Pemandu Ambulans Ketika Sedang Bergegas Nak Hantar Jenazah

Seorang pemandu ambulans telah dianiaya oleh seorang pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab saat membawa jenazah dipercayai untuk urusan pengebumian.

Video yang tular tersebut dikongsi daripada laman Instagram. Satu kapsyen telah dimuatnaik dalam perkongsian tersebut.

“Tidak sepatutnya bertindak memukul pemandu ambulans tersebut kerana ambulans tersebut sedang membawa satu jenazah serta siren sedang berbunyi. Apapun terjadi, ambulans perlulah pantas dan ia merupakan kenderaan prioriti. Bantu pemandu tersebut untuk mencari pelaku”

Difahamkan melalui video tersebut, dilihat mangsa tidak bertindak balas kepada si pelaku. Penunggang motosikal turut berhenti walaupun masih belum tahu pucuk pangkal cerita sebenar.

Menurut Polis Jakarta Selatan, pihak mereka akan menyiasat kes ini.

Sumber: Kompas

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)