Siakap Keli
Foto: AP News

Pihak Penentang Bawa Rod Besi, Batu Bata Serang Rumah Orang Islam Di New Delhi, 25 Orang Maut

Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dalam satu pertempuran selama tiga hari di New Delhi tercetus apabila negara tersebut menerima kunjungan daripada Presiden Donald Trump ke India. Angka kematian dijangka akan meningkat apabila hospital dikatakan penuh dengan mangsa yang cedera parah.

Ketua Menteri New Delhi, Arjind Kerjiwal berkata kerajaan te;ah menghantar pasukan tentera ke daerah-daerah yang terlibat dengan rusuhan tersebut.

Polis menyifatkan keadaan tegang namun masih terkawal. Sekolah masih ditutup dan larangan perhimpunan masih diteruskan.

Pertempuran di antara penganut Hindu dan umat Islam tercetus apabila undang-undang kewarganegaraan baru diumumkan.

Pegawai polis berkata pihak penentang menggunakan rod besi, batu bata dan buluh dengan menyerang rumah orang Islam dengan melaungkan ‘Kemenangan kepada Tuhan Ram’.

Orang Islam di sana berdoa agar para pemusnah tidak bertindak memusnah masjid dan membakar kediaman umat Islam.

Selain daripada kematian, lebih 200 orang cedera parah dalam pertempuran tersebut.

 

Sumber: APNews

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)