Siakap Keli
Foto: Carian Google

Sifat Tenang Dan Bijaksana Al-Sultan Abdullah Kawal Situasi ‘Panas’ Politik Negara Dipuji Rakyat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kita semua tahu Malaysia merupakan negara yang mengamalkan konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembangan. Kita boleh lihat sendiri, Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah dapat menangani kemelut politik dalam negara ini.

Boleh dikatakan dalam sejarah apabila Baginda mengadakan satu sesi ‘interview’ untuk melantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Sebagai Ketua Utama Negara, Baginda menjalankan peranan seperti mana yang termaktub dalam perlembangaan negara.

Dalam satu perkongsian daripada Aidi Ezzhar melalui laman Twitternya memuji tindakan Agong, Tuanku Abdullah merupakan seorang Yang Dipertuan Agong yang sangat bijaksana.

Salah satunya tindakan pemberian makanan sebagai tanda penghargaan kepada para wartawan yang berhempas pulas mmbuat liputan. Nampak ini satu usaha yang kecil, tetapi bagi wartawan ini merupakan satu penghargaan buat mereka setelah penat menjalan tugas tanpa mendapat penghargaan dari pihak yang lain.

Tindakan Tuanku juga telah mendapat sambutan terima kasih dari orang awam. Semalam KFC, hari ni Tuanku sendiri mencemar duli untuk memberikan Mcdonald kepada para petugas media. Daulat Tuanku!

Apa yang lagi bijaksana?

Tuanku sendiri akan (telah) mengadakan ‘personal interview’ bersama kesemua ahli parlimen di Istana Negara bagi bertanya sendiri kepada mereka siapa yang mendapat suara majoriti untuk menjadi Perdana Menteri.

Kenapa Akuan Bersumpah yang ditanda tangani oleh ahli parlimen kurang efektif dan tidak diyakini? Kerana kemungkinan akuan tersebut ditangani oleh ahli parlimen dengan tekanan dari rakan rakan parti dan apa yang ditanda tangani itu tidak berdasarkan hati mereka.

Jadi dengan sesi ‘personal interview’ ini, setiap ahli parlimen akan menyatakan pendapat serta keputusan mereka tanpa tekanan dari rakan rakan separti. Lebih telus dan jujur.

Sesi ini dijangka bermula pada pukul 2.30 pada hari ini dan besok. Semua sesi ini akan dilakukan sendiri oleh Tuanku. Setiap ahli parlimen akan dibahagikan mengikut kumpulan dan sesi tanpa mengikut parti mereka.

 

Sumber: Aidi Ezzhar

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)