Siakap Keli

“Takut Saya Bomohkan Ke,” Wanita Luah Keluarga Mentua Tak Pernah Jamah Makanan Yang Dihidang

Mempunyai keluarga mertua yang baik merupakan impian bagi setiap menantu tidak kira lelaki mahupun perempuan namun tidak semua yang beruntung mendapat keluarga yang sedemikian.

Ada sesetengah menantu perempuan yang tidak mendapat layanan yang baik dan sentiasa dipandang serong oleh keluarga mentua.

Seperti yang diluahkan oleh seorang wanita di dalam halaman Facebook Kisah Rumah Tangga yang buntu dengan sikap keluarga mentua kerana tidak pernah menjamah apa-apa makanan yang dimasak dan dihidang olehnya.

Assalamualaikum..ni bukan masalah sgt pun cuma nak dengar pendapat akak2 suma..

Saya nak tanya dan nak tahu lah yeee.. Dah banyak kali mak mertua saya dtg rmh.. Tp air sy buat keluarga mertua tak pernah minum.. Tahan lah dia pergi tekan minum air coway.. Saya pernah cakap dengan suami malas nak sediakan apa2 time dorang dtg sbb dorang tak makan.. Jamah pun tak.. Tp suami tak caya… Semalam sy tunjuk kat suami.. Suami diam je..

Asal erk dorang cmtu? Takut saya bomohkan kan? Geli ke ngan saya.. Sy tgk kuku, rambut, keadaan dapur bersih n tangan sy tak de kurap pun.. Urmmmm nak kata tak solat, sy solat.. Kan sesetengah orang tak nak minum air tangan orang tak solat.. Sy sekarang ni malas nak sediakan pape buat sakit hati je..

Kawan suami dtg rmh OK je dorang makan je sampai abis.. Air pun abis seronok tgk.. Ni tak.. Sedih tgk benda membazir bukan sekali dua buat cmtu.. Dah banyak kali dah..

Kiriman itu juga mendapat perhatian warga net yang memberikan pelbagai reaksi.

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa