Sepanjang tiga hari warga media ‘berkampung’ di hadapan pintu pagar Istana Negara memburu maklumat tentang kemelut politik yang melanda negara ini. Ada yang terpaksa menahan lapar demi melaporkan berita terkini kepada rakyat Malaysia.
Menariknya, sebelum ini mereka dihidangkan dengan makanan segera KFC dan McDonald, hari ini mereka dapat merasa makanan berlauk tempoyak ikan patin.
Menerusi laman Instagram rasmi Istana Negara menunjukkan beberapa keping foto pegawai Istana memberi makanan masakan kampung tersebut.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Ahmad Fadil Hj Shamsuddin mewakili Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyerahkan makanan masak tempoyak ikan patin Pahang kepada petugas media di pintu 2 Istana Negara.




Terima kasih kepada restoran Temerloh Catering yang memberi sumbangan kepada semua petugas media hari ini.
Sumber: Istana Negara