Siakap Keli

Covid-19: Arab Saudi Hentikan Sementara Kemasukan Jemaah Umrah

Pihak Arab Saudi telah menghentikan sementera kemasukan jemaah untuk memasuki negera tersebut untuk. mengerjakan umrah. Ianya bertujuan untuk menangani isu wabak COVID-19.

Kementerian Luar Negeri Arab Saudi telah mengumumkan hal ini di laman Twitter rasmi pada Khamis yang lalu. Penggantungan itu termasuk bagi program ziarah Masjid Nabi di Madinah.

Kerajaan Arab juga telah melakukan penggantungan yang membabitkan individu yang menggunakan visa pelancong dari negara-negara yang terjejas akibat wabak tersebut.

Kementerian Luar Negeri menyeru agar orang ramai tidak pergi ke negara-negara yang dapat menyebabkan jangkitan terseubt. Dilaporkan lebih 7 juta jemaah yang mengerjakan umrah di Arab Saudi setiap tahun dengan majoriti mereka mendarat di lapangan terbang di Jeddah dan Madinah.

Sumber: NYTimes

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)