Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Dituduh Curi Duit, Bapa Jadikan ‘Ugutan’ Untuk Rogol Anak Tiri Berkali-Kali Hingga Hamil

Seorang lelaki di Kampung Pandiangan, Daerah Lae Parira, Kabupaten Dairi ditangkap oleh pegawai Polis Daerah Dairi kerana didapati merogol anak tirinya yang berusia 15 tahun hingga menyebabkan remaja itu hamil enam bulan.

Lelaki berusia 45 tahun itu telah beberapa kali melakukan perbuatan terkutuk itu sejak anak tirinya berumur 13 tahun.

“Berdasarkan hasil pemeriksaan perubatan, remaja itu kini sedang mengandung dan usia kandungan sudah enam bulan,” kata seorang anggota polis.

Lelaki itu juga pernah berpura-pura kehilangan wang dan ia dijadikan sebagai umpan untuk terus ‘menyentuh’ badan anak tirinya.

Beberapa hari selepas itu, ketika isterinya tidak berada di rumah, suspek merogol mangsa.

“Suspek pertama kali merogol mangsa pertama kali pada Disember 2018 di mana ketika itu ibu kandung mangsa sedang menjual cendol dan di rumah hanya ada suspek dan mangsa,” kata pegawai polis.

Selepas itu, suspek akan merogol mangsa setiap kali isterinya tidak berada di rumah dan mangsa tidak berani untuk mengadu kepada ibunya kerana takut dihukum oleh suspek  serta malu terhadap orang sekeliling.

Ibu mangsa yang berusia 40 tahun juga tidak pernah curiga terhadap suaminya dan menyangka suspek sememangnya seorang yang baik dan penyayang.

Namun, perbuatan itu terbongkar apabila guru mangsa yang curiga melihat keadaan tubuh mangsa yang tidak seperti biasa dan menyuruh mangsa melakukan pemeriksaan kehamilan. Ibu mangsa selepas itu membuat laporan polis.

Sumber: Tribun Ambon

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa