Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

Gangguan Bekalan Air Di Temerloh Selasa Depan

KUANTAN, 27 Feb (Bernama) — Sebanyak 38,164 akaun pengguna daerah Temerloh akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam pada 3 Mac berikutan kerja penyelenggaraan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan kerja penyelenggaran di Muka Sauk Loji Rawatan Air Lubuk Kawah, Temerloh itu dijadualkan bermula 10 pagi Selasa bagi memastikan sistem dapat beroperasi dengan lancar.

Kawasan yang terlibat ialah seluruh bandar Temerloh sehingga Bukit Angin, sepanjang Jalan Karak ke Pekan Lanchang dan Kampung Sempadan, Kampung Desa Murni, Kampung Bangau, sepanjang jalan Temerloh-Jerantut serta Jalan Temerloh-Bera sehingga Jambatan Sungai Belenggu.

Sehubungan itu, PAIP menasihatkan pengguna supaya menyimpan bekalan air secukupnya dan mereka boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan (PUPAPEL) di 09-5739999 jika mempunyai pertanyaan.

— BERNAMA

 

Sofea

There's always another side to every story