Siakap Keli
Gambar:The Jakarta Post

Hospital Di Indonesia Nafi Kematian Pesakit Yang Dikuarantin Disebabkan Oleh Covid-19

Seorang pesakit lelaki yang disyaki dijangkiti COVID-19 meninggal dunia pada 23 Februari lalu di Hospital Besar Pusat Kariadi di Semarang, Jawa Tengah setelah dirawat di ruang kuarantin selama hampir seminggu.

Pesakit tersebut dilaporkan kembali ke Indonesia pada 12 Februari dari Sepanyol melalui Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan mempunyai simptom penyakit itu selepas ketibaannya termasuk demam, batuk dan sesak nafas. Dia dimasukkan ke hospital pada 17 Februari dan dipindahkan ke bilik kuarantin dua hari kemudian.

Pengarah perubatan dan jururawat hospital Kariadi, Agoes Oerip Poerwoko mengesahkan bahawa pesakit meninggal dunia pada Ahad lalu namun menegaskan bahawa COVID-19 bukanlah punca kematian pesakit.

“Pesakit mati bukan kerana koronavirus, tetapi disebabkan kesulitan bernafas yang teruk. Keputusan ujian makmal dari pusat penyelidikan dan pembangunan Kementerian Kesihatan keluar satu hari selepas pesakit dikebumikan dan menunjukkan ia negatif koronavirus,” kata Agoes seperti yang dilaporkan oleh kompas.com pada selasa lalu.

Selain pesakit baru-baru ini, Agoes berkata hospital itu juga telah merawat dua pesakit lain yang disyaki terkena jangkitan COVID-19 iaitu orang Indonesia dan orang Jepun yang telah pergi ke negara lain. Kedua-dua pesakit telah dilepaskan selepas ujian negatif untuk SARS-CoV-2.

Hospital Kariadi telah merawat sekurang-kurangnya 23 pesakit kerana disyaki jangkitan koronavirus sejak Januari. Empat pesakit adalah warga negara China, Jepun, dan Korea Selatan.

Sumber: The Jakarta Post

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa