Siakap Keli

Ini Peranan Penjawat Awam Perlu Anda Tahu Bila Berdepan Dengan Perubahan Pentadbiran

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan media menyebut bahawa penjawat awam merupakan tonggak kepada pentadbiran Kerajaan dan perlu bertindak secara profesional.

Penjawat awam juga diingatkan supaya menjauhkan diri dari kancah politik bagi menjaga intergriti dan profesionalisma penjawat awam.

Ia supaya semua penjawat awam dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa berpihak kepada mana-mana kumpulan.

Ketika negara menyaksikan perubahan dari segi tampuk pemerintahan dan pentadbiran negara ketika ini, penjawat perlu bijak berdepan dengan cabaran dan memberi tumpuan kepada managing the risks and always on site to see the progress.

Disamping berpegang teguh dengan slogan ”Saya Yang Menjalankan Amanah”, penjawat awam juga diminta sentiasa mengutamakan prinsip best delivery ketika memberikan perkhidmatan.

Ini kerana rakyat menaruh harapan yang tinggi kepada penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberi.

”Mengurus perubahan merupakan satu tugas yang sukar dan mencabar. Namun, dengan teraju Ketua Setiausaha Negara dan 1.6 juta penjawat awam, tugas ini akan dilaksanakan dengan penuh amanah, bertanggungjawab, pantas serta bebas dari kesilapan dan persepsi negatif.

”Penjawat awam sentiasa bersedia dengan kefahaman, komunikasi dan kaedah interaksi yang sesuai dalam mendepani apa jua bentuk perubahan pasukan baru kelak ke arah mengukuhkan pentadbiran negara,” kata kenyataan itu lagi.

Selain itu, penjawat awam juga akan sentiasa mempunyai sifat daya tahan dan easy to adapt dalam melaksanakan tanggungjawab kelak.

Rakyat selaku pemegang taruh (stakeholder) kepada kerajaan mempunyai ekspektasi yang tinggi kepada penjawat awam dan pentadbiran negara.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.