Siakap Keli

Jemaah Umrah Malaysia, Indonesia Terkandas Di KLIA

Sekumpulan jemaah umrah dari Kedah dilaporkan terkandas di KLIA berikutan pengumuman terbaru dibuat kerajaan Arab Saudi menggantung sementara kemasukan jemaah umrah bagi mengekang penyebaran wabak Covid-19.

Menurut laporan BERNAMA, jemaah umrah dari Indonesia juga yang transit di Malaysia turut mengalami masalah yang sama.

Agensi Berita Arab Saudi sebelum ini melaporkan keputusan berkenaan dibuat bagi memberi perlindungan sepenuhnya terhadap kesihatan penduduk dan individu yang berhasrat untuk mengunjungi Arab Saudi bagi mengerjakan umrah atau menziarahi Masjid Nabawi atau sekadar melancong.

Dalam laporan berbeza, BERNAMA melaporkan bahawa Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji, Dato Seri Razali Mohd Sham berkata, pendaftaran visa atas talian bagi Malaysia, Brunei dan Singapura didapati sudahpun disekat.

Beliau juga berkata, untuk bulan Mac sahaja, terdapat kira-kira 15,000 hingga 20,000 jemaah. Mana-mana jemaah yang tidak mempunyai visa tidak akan dapat menunaikan ibadah tersebut.

Sumber: BERNAMA

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.