Siakap Keli
Gambar Hiasan

Lelaki Dedah ‘Sengsara’ Ibu ‘Dibakar’ Hidup-Hidup Ketika Rusuhan Di Delhi Memuncak

Penduduk Muslim mengosongkan rumah mereka pada petang Selasa lalu selepas menghadapi serangan oleh para perusuh yang melaungkan ‘Jai Shri Ram’.

Pada sekitar tengah hari pada 25 Februari, ketika seorang anak lelaki membeli susu untuk keluarganya , dia menerima panggilan daripada anaknya yang lebih muda. Segerombolan orang-orang yang bersenjata iaitu sekitar 100 orang telah memasuki lorong rumah mereka di Gamri iaitu sekitar 1.5 km dari Khajuri Khas di Delhi dan membakar kedai-kedai dan rumah. Rumah empat tingkat mereka juga telah dibakar dan keluarganya telah berlindung di atas bumbung.

Gambar: Albany Democrat-Herald

Apabila dia berlari ke arah lorong rumahnya, orang-orang dari lorong berdekatan menghalangnya.

“Mereka memberitahu saya bahawa ia terlalu berbahaya, saya boleh dibunuh dan saya hanya perlu menunggu kerana apa yang berlaku telah berlaku.

“Saya terperangkap selama berjam-jam memikirkan bahawa keluarga saya telah mati sepanjang masa,” katanya.

Ketika sebahagian besar keluarganya terselamat, ibunya, yang berusia 85 tahun, meninggal dunia dalam kebakaran di tingkat tiga rumah mereka. Bangunan itu dibakar termasuk bengkel tukang jahit keluarga di dua tingkat pertama. Dia juga mendakwa bahawa para penyerang juga mengambil wang dan barang kemas keluarga yang disimpan di dalam rumah tersebut.

“Saya tidak mempunyai apa-apa lagi, saya kosong,” katanya.

Ibu saya sudah tua, tidak boleh lari lagi

Ketika kebakaran itu berlaku, warga emas berusia 85 tahun itu tidak dapat melarikan diri ekoran dirinya sudah tua dan sudah tidak boleh berlari lagi.

Mayat ibunya kini berada di Hospital GTB dan keluarganya telah diberitahu bahawa bedah siasatnya akan dilakukan pada hari Khamis. Lelaki itu merancang untuk mengebumikannya di kampung mereka di daerah Meerut dan juga merancang utuk memfailkan laporan terhadap penyerang yang tidak dikenali itu.

Gambar: Outlook India

Rumah empat tingkat mereka adalah salah satu daripada beberapa rumah yang disasarkan oleh penyerang untuk dibakar.

Sumber: Scroll.in

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa