Siakap Keli

Lelaki Pesakit Mental ‘Tercekik’ ‘Kunci Mangga’ Setelah Keluarga Terlepas Pandang

Doktor terpaksa melakukan satu pembedahan kecemasan selepas seorang lelaki menelan sebuah mangga yang kemudiannya tersangkut di tekak.

Lelaki berusia 22 tahun dan juga merupakan seorang pesakit mental itu telah menelan sebuah mangga ketika keluarganya sedang terleka.

Tersedar dengan keadaannya itu, keluarganya bertindak membawanya ke hospital yang terletak di bandar Ranchi.

Doktor terpaksa melakukan pembedahan selama 4 jam ke atas lelaki itu selepas kaedah endoskopi gagal mengeluarkan mangga tersebut.

Dr Pradeep Jumar Singh yang juga ketua bahagian telinga, hidung dan tekak di Hospital Insitut Sains Medikal Rajendra (RIMS), di India menyatakan :”Pesakit tersebut telah dibawa ke hospital sekitar jam 12.30 am dalam keadaan sukar untuk bernafas.

“Imbasan x-ray dilakukan serta merta untuk menentukan lokasi tepat mangga itu tersekat.

“Berikutan dengan itu, kami memutuskan untuk melakukan pembedahan kecemasan bagi mengeluarkan mangga itu.

“Mangga yang bersaiz sekitar 6cm itu telah tersekat di bahagian tekaknya. Ianya tidak boleh dikeluarkan dengan menggunakan non-invasive endoscopy procedure.

“Disebabkan tiada pilihan lain untuk menyelamatkan nyawa lelaki itu, kami memutuskan untuk melakukan pembedahan bagi mengeluarkan mangga tersebut.

“Keadaan lelaki itu kini sedang stabil dan dijangka akan keluar dari hospital selepas 10 atau 12 hari dia dirawat disini.”

Pembedahan tersebut dilakukan pada 14 Februari lalu.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right