Siakap Keli
Gambar: AlJazeera

Lima Terbunuh Dalam Insiden Tembakan Di Kilang Arak Milwaukee

Lima pekerja terbunuh selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di kompleks Molson Coors di Milwaukee

Menurut CNN, Ketua Polis, Alfonso Morales memberitahu kepada pemberita bahawa penembak  disyaki seorang lelaki berusia 51 tahun dari Milwaukee meninggal dunia akibat luka tembakan sendiri.

Gambar: CNN

“Ia adalah satu hari yang dahsyat untuk para pekerja di sini, hari ini sangat sukar bagi sesiapa yang terlibat dengan keadaan ini,” Kata Datuk Bandar, Tom Barret.

Gambar: henryherald.com

Menurut Milwaukee Journal Sentinel, kemudahan di Milwaukee terdiri daripada pejabat korporat dan dua buah kilang bir yang mempunyai sekitar 750 pekerja.

Polis telah mengeluarkan beberapa butiran tetapi mengatakan tidak ada ancaman aktif di kompleks tersebut.

Pihak berkuasa juga tidak memberitahu apakah motif serangan itu dan tidak mengeluarkan butiran mengenai penembak atau bagaimana penembakan itu berlaku.

Mangsa juga tidak dikenalpasti. Polis berkata bahawa mereka masih menghubungi saudara-mara sejak awal petang semalam.

Sumber: CNN, Chicago Tribune

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa