Siakap Keli
Gambar: Bernama

“Negara Alami Situasi Politik Mencabar,” Jakim Saran Adakan Solat Hajat

Kemelut politik yang sedang melanda negara Malaysia pada masa kini dilihat telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan pandangan daripada banyak pihak. Perkara ini dibimbangkan oleh kebanyakan orang kerana ianya dikaitkan dengan kepimpinan negara pada masa akan datang.

Susulan daripada itu, JAKIM dalam satu kenyataan media yang dimuat naik menerusi akaun Facebook Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Paimuzi Yahya menyarankan solat hajat bagi keamanan dan keharmonian negara di adakan di semua masjid di Malaysia.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti kenyataan media seperti berikut:

KENYATAAN MEDIA

𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐣𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐊𝐞𝐚𝐦𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐡𝐚𝐫𝐦𝐨𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚

Umum mengetahui negara kita kini mengalami situasi politik yang mencabar berkaitan kedudukan tampuk kepimpinan negara.

Saya mengambil kesempatan menyeru kepada rakyat Malaysia supaya sentiasa bertindak dengan rasional dan mengutamakan keamanan dan keharmonian negara terutama dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.

JAKIM akan menganjurkan Solat Hajat melalui semua masjid utama di bawah pentadbirannya iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin mulai hari ini bagi memanjatkan doa semoga Allah SWT memberi taufik dan hidayah agar keadaan politik negara kembali stabil serta mengekalkan keamanan dan keharmonin hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

JAKIM juga memohon jasa baik dan kerjasama semua masjid di bawah Jabatan dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri untuk turut mengadakan solat hajat dari semasa ke semasa.

Sekian.

DATO’ PAIMUZI YAHYA
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
27 Februari 2020

Sumber: Ketua Pengarah JAKIM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa