Siakap Keli

PH Hilang Majoriti, Gabungan Baharu Bakal Bentuk Kerajaan Negeri Johor

Satu gabungan baharu telah diwujudkan bersama beberapa Ahli Dewan Negeri Johor (ADUN) dan berjaya memperolehi bilangan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu, kata Setiausaha Sulit Sultan Johor, Datuk Jaba Mohd Noah.

Oleh itu bagi mengesahkan sokongan majoriti tersebut, Sultan Johor telah berkenan mengadakan satu sesi temubual bersama setiap ADUN bagi mendengar sendiri sokongan yang diberikan.

Sesi temubual tersebut telah berlangsung pada 26 Februari lalu pada pukul 3 petang dan berakhir pada jam 5 petang di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, Johor Bahru.

Proses temubual tersebut telah dilakukan sendiri oleh Sultan Johor dan disaksikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.

Setiap ADUN juga dikehendaki menandatangani surat akuan bersumpah bagi mengesahkan pendirian mereka sama ada menyokong Pakatan Harapan atau Gabungan Baharu.

Sultan Johor telah berpuas hati apabila Gabungan Baharu telah memperoleh majoriti mudah membentuk kerajaan di mana 28 Adun memilih gabungan baru manakala 26 lagi memilih Pakatan Harapan.

”Oleh yang demikian, gabungan parti yang baharu berhak untuk memberikan cadangan nama calon menteri besar, sebelum sususan barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baru dilantik,” katanya.

Sumber: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: