Siakap Keli

Terganggu Dengan Kecederaan, Maria Sharapova Umum Bersara Dalam Dunia Tenis

Maria Sharapova telah mengumumkan persaraannya dalam dunia tenis pada usia 32 tahun dalam satu laporan yang ditulis untuk Vogue and Vanity Fair.

Juara lima kali Grand Slam itu terpaksa menarik diri daripada dunia tenis selepas menyatakan bahawa beliau sering terganggu dengan kecederaan bahu yang dialaminya.

“Bagaimanakah anda meninggalkan satu-satunya kehidupan yang anda tahu? Bagaimanakah anda mahu berpaling dengan gelanggang yang pernah anda gunakan untuk berlatih sejak anda kanak-kanak lagi, permainan yang anda cintai – yang membawa seribu perit jerih serta kegembiraan yang tidak dapat dijelaskan – satu sukan dimana anda jumpa keluarga anda, bersama dengan peminat yang berdiri teguh di belakang anda selama lebih dari 28 tahun?”, ujar bintang tenis Russia itu.

Dalam satu gambar yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, beliau menulis: “Tennis telah menunjukkan saya kepada dunia dan ia juga menunjukkan dari mana asal saya.

“Ini cara saya untuk menguji diri saya dan inilah juga cara saya untuk mengukur kematangan saya.”

“Dan untuk apa yang saya akan pilih selepas ini, saya akan sentiasa menekan diri saya. Saya akan sentiasa mendaki. Sentiasa maju.”

Beliau mula melakar kejayaan dengan memenangi kejuaraan Grand Slam Wimbledon pertamanya pada tahun 2004 ketika berusia 17 tahun menentang musuh ketatnya Serena Williams.

Pada tahun 2016, beliau telah didapati positif mengambil bahan terlarang jenis meldonium dan telah menjalani hukuman penggantungan selama 15 bulan.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa