Siakap Keli

Yatim Piatu Sekelip Mata, Warganet Prihatin Sumbang Bantuan Kepada 6 Beradik

Kisah enam adik beradik kandung di perkampungan Kota Balikpapan, Kalimantan Timur mengundang empati dan simpati dari banyak pihak.

Enam adik beradik tersebut menghadapi episod pilu setelah ayah dan ibu mereka meninggal dunia hampir pada masa dan hari yang sama.

Wujudnya satu ‘gerakan’dari warganet dan rakyat di negara itu untuk mengumpul dana bagi membantu anak-anak tidak bernasib baik itu.

Menurut laporan Kompas.com, pagi Ahad lalu menyaksikan bahawa ibu kepada enam orang anak lelaki tiba-tiba meninggal dunia.

Seorang pengguna laman media sosial yang  mengambil pendekatan untuk menyebarkan kepada orang ramai mengenai nasib enam beradik itu dan memohon kepada orang ramai untuk membantu mereka.

Menurutnya, ramai yang menghubunginya untuk membantu anak-anak tersebut dan dia bersama dengan beberapa individu lain yang prihatin juga akan terus menghantar sumbangan terus ke datuk dan nenek enam beradik itu di mana mereka tinggal sekarang.

Gambar: Tribun News

Ica membuka satu ‘tabung’ sumbangan dalam masa 5 jam, dalam waktu tersebut, Ica berjaya mengutip sebanyak Rp 2, 350,000 (RM 713.09) dari bantuan orang ramai.

Tribune Kalimantan Timur juga melaporkan bahawa, penduduk beramai-ramai datang untuk membantu enam yatim piatu tersebut selain memberikan sokongan moral.

Bantuan yang diberikan oleh pelbagai pihak membuktikan bahawa masyarakat pada zaman sekarang sangat prihatin dengan nasib malang yang menimpa sesiapa sahaja terutamanya golongan kanak-kanak.

Sumber: Tribun News

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa