Siakap Keli
Kredit: Bernama

BERSATU Sah Calonkan Muhyiddin Yassin Jadi Perdana Menteri Ke-8

Kuala Lumpur, 28 Feb – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri parti itu.

Pemilihan itu dimuatnik Setiausaha Agung PPBM, Dato’ Wira Marzuki Yahya dalam laman Facebook mereka.

“Mesyuarat Ahli-Ahli Dewan Rakyat BERSATU pada hari ini telah memutuskan untuk mencalonkan YB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Mohd Yassin, Presiden BERSATU dan Ahli Parlimen Pagoh sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 untuk perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,” tulis kenyataan itu.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri seramai 36 Ahli Dewan Rakyat BERSATU.

Sumber: PPBM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.