Siakap Keli

“Demi Anak, Kehendak Sendiri Diketepikan”, Ini Kos Sebenar Ibu Bapa Tanggung Setiap Bulan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kos hidup di Malaysia pada masa ini memang meningkat saban tahun tetapi jika nafsu kita juga meningkat maka muncullah masalah. Jika kita pandai menguruskan kehidupan, kita hidup dalam keadaan ekonomi yang bobrok macam mana sekalipun.

Terbaru, seorang lelaki Ir Abdul Rahman memuat naik status di laman Twitter mengenai belanjawan keluarganya pada bulan ini. Kos kehidupan bagi yang berkeluarga amat tinggi komitmennya pada zaman ini.

Jom baca perkongsiannya dibawah.

DEMI ANAK, SAYA SANGGUP KETEPIKAN KEHENDAK SAYA

Assalamualaikum Tuan. Saya tergerak nak share belanjawan keluarga saya bulan ni. Sekadar nak berkongsi ekonomi keluarga saya dan betapa strugglenya kehidupan sekarang.

Itu DM Puan R kepada saya. Saya go through belanjawan keluarga Puan R.

YA! Memang struggle! Kenapa saya katakan begitu?

Ini latar belakang keluarga Puan R:

Punca pendapatan: Suami sahaja bekerja. Puan R suri rumah sepenuh masa.

Gaji Suami: RM 8,000
Gaji Bersih Suami: RM 6,000 (approx. sahaja. Jumlah tak tentu, bergantung kepada OT untuk pendapatan tambahan)

Jumlah Anggota Keluarga: 6 orang
Jumlah Anak: 4 orang (3 bersekolah, 1 anak masih berumur 4 tahun)

Lokasi tempat tinggal: Lembah Klang
Jenis Rumah: Apartment (Dibeli 18 tahun yang lalu)

Kereta: Proton Exora (Disebabkan keluarga ramai)

Ini Pecahan Belanjawan Bulanan Puan R sekeluarga:

UNTUK ANAK & BELANJA ASAS KELUARGA

Kereta: RM850

Rumah: RM600

Barang Dapur Kering: RM450

Barang Dapur Basah (termasuk pampers anak dan susu): RM900

SSPN ANAK: RM200

Van Sekolah ANAK: RM100

Yuran Ngaji ANAK: RM60

Yuran Tusyen ANAK: RM200

Belanja sekolah ANAK: RM624

Total: RM3,984

UTILITI

Coway: RM130

Elektrik: RM80

Air (bayar untuk meter pukal): RM40

Astro: RM90

Petrol: RM200

Unifi: RM150

Total: RM690

BELANJA UNTUK MASA HADAPAN

Duit kutu (simpanan paksa untuk bayar road tax and insuran Exora): RM200
Hibah: RM200

Total: RM400

BAKTI PADA IBU BAPA

Ibu Bapa (Both keluarga sendiri dan mertua): RM400

HUTANG LUAR JANGKA

Pinjam sebab bulan lepas defisit: RM300

LEBIHAN: RM226

Kesimpulannya, dari pendapatan bersih RM6,000 keluarga Puan R:

66.4% digunakan untuk Anak dan Keluarga

11.5% digunakan untuk Utiliti

6.7% digunakan untuk Masa Hadapan

6.7% digunakan untuk Ibu Bapa

5% digunakan untuk Hutang Luar Jangka

Lebihan??? Hanya 3.7%.

Total: 100%

Maka saya bertanya kepada Puan R.

Saya: Herm. Nampak nya belanjawan Puan lebih kepada ANAK dan BARANG ASAS keluarga ni Puan. Memang struggle. Lebihan pun tak nampak macam lebihan. Macam mana dengan Tol, Parking, Bill Handphone?

Puan R: Tu lah Tuan..Nak tak nak. Suami kena buat OT. Kalau ada OT ada lah lebihan sedikit. Kalau tak ada? Jawabnya kena meminjam lah macam bulan lepas.

Sambung Puan R lagi.

Ni cerita nak survive je Tuan. Macam mana dengan kehendak saya dan suami? Memang kami kena lupakan… DEMI ANAK, SAYA SANGGUP KETEPIKAN KEHENDAK SAYA

MasyaAllah..Begitulah hakikat kehidupan sekarang..Zaman kita Zaman Struggle.

Fikir-fikirkanlah

Assalam

Ir. Abdul Rahman Bahasa

27 February 2020

Sumber : Ir Abdul Rahman Bahasa

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul