Siakap Keli

Lelaki Tak Sengaja ‘Kunyah’ Gigi Yang Terdapat Dalam Hidangan Kari

Sepasang suami isteri terkejut selepas kari yang dipesannya daripada sebuah restoran makanan China di England yang mendapat 4 bintang dalam penilaian kebersihan mengandungi gigi manusia.

Pasangan tersebut didakwa menemui sebatang gigi di dalam hidangan yang dipesannya itu.

Ketika lelaki itu sedang mengunyah makanannya itu, dia terasa seakan ada benda yang keras di dalamnya. Dia kemudiannya terus meludahkan makanan yang sedang dikunyahnya itu ke atas piringnya. Terkejut lelaki itu apabila mendapati bahawa terdapat sebatang gigi manusia di dalam makanan yang dijamahnya itu.

Pegawai kesihatan dan keselamatan segera menjalankan pemeriksaan ke atas restoran itu selepas pasangan tersebut membuat aduan susulan daripada hal berkenaan.

Pengurus restoran itu walau bagaimanapun menegaskan bahawa kebersihan di premis tersebut tidak bermasalah, dan gigi berkenaan bukan kepunyaan mana-mana pekerja di situ.

“Inspektor kesihatan telah memeriksa setiap pekerja yang berkemungkinan tuan kepada gigi tersebut, dan gagal membuktikan pemilik gigi berkenaan.

“Kami tak tahu mana datangnya gigi itu. Jika perlu, semua staf sanggup melakukan ujian DNA bagi membuktikan bahawa tiada seorang pun yang ada kaitan dengan gigi tersebut.

“Pemeriksaan ini membuktikan bahawa tidak ada masalah berkenaan dengan kebersihan di premis ini.”

Pengurus restoran tersebut turut menyatakan bahawa dia telah menawarkan pasangan itu makanan percuma dan pembayaran balik.

Pengurus keselamatan makanan di Worchestershire Regulatory Services, berkata: “Laporan makmal telah mengesahkan bahawa ianya adalah sebatang gigi manusia yang diserahkan pengadu.

“Kami telah menjalankan siasatan pada kaedah penyediaan makanan di restoran tersebut dan kami berpuas hati dengan langkah yang diambil oleh restoran berkenaan dalam memastikan kebersihan makanan terjaga.

“Pada 21 Januari, satu pemeriksaan kebersihan makanan secara berasingan telah diadakan, dan restoran itu telah diberikan empat daripada lima bintang dalam soal kebersihan makanan.

“Walaupun pengalaman yang menggelikan itu pastinya sukar untuk dilupakan oleh pasangan tersebut, mereka berasa lega kerana tiada sebarang tindakan mengikut perasaan dilakukan terhadap restoran tersebut kerana tidak ada bukti yang dapat menunjukkan tentang bagaimana gigi itu boleh masuk ke dalam hidangan berkenaan.

Sumber: Daily Star

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa