Siakap Keli

Media Berkampung di Perkarangan Kediaman Muhyiddin Yaasin

Kronologi semasa kemelut politik yang melanda negara Malaysia telah mula menampakkan jalan penyelesaian oleh beberapa parti politik mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

Beberapa Ahli Parlimen dilihat memasuki kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara susulan spekulasi bahawa dia memiliki majoriti untuk menjadi perdana menteri seterusnya.

Antara yang kelihatan ialah Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal. Turut hadir, timbalan presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bersama keluarganya. Antara yang lain termasuklah beberapa ahli PKR yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mereka termasuklah Ahli Parlimen (MP) Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah, MP Ampang Zuraida Kamaruddin, MP Selangau Baru Bian, MP Batu Pahat Datuk Rashid Hasnon,  MP Saratok Ali Biju, MP Titiwangsa Rina Harun dan Mohd Radzi  Mohd Jidin.

Sumber : Twitter

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.