Siakap Keli

PAS, UMNO Sokong Pencalonan Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri Ke-8

UMNO dan PAS dalam satu kenyataan media menyatakan sokongan kepalda pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Melalui kenyataan yang sama juga, semua 57 ahli Parlimen UMNO dan PAS sepakat untuk memberikan sokongan sepenuhnya terhadap pencalonan tersebut.

Muhyiddin Yassin sebelum ini menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri dibawah kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Ke-7.

Pakatan berkenaan bagaimanapun runtuh selepas pengumuman yang dibuat oleh BERSATU dan ebebrapa orang ahli Parlimen PKR untuk keluar dari Pakatan Harapan.

Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

 

Sumber: BERNAMA

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul