Siakap Keli

Pengerusi UMNO Negeri Dilantik Menteri Besar Johor Yang Baharu

Terbaru, Dato’ Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini (28 Februari).

Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut yang juga Pengerusi UMNO Negeri Johor itu menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor, yang berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Terdahulu, media melaporkan kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Harapan sebelum ini hilang majoriti di Dewan Negeri kepada satu gabungan baru.

Sumber : Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.