Siakap Keli

Singapura Sahkan Dua Lagi Kes Positif COVID-19

SINGAPURA, 28 Feb (Bernama) — Singapura melaporkan dua lagi kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah kes positif di republik itu kepada 98 orang.

Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura, dalam satu kenyataan, memaklumkan bahawa dua kes terbaru itu melibatkan Penduduk Tetap Singapura yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China, Daegu dan Cheongdo di Korea Selatan.

MOH memaklumkan dua kes itu dikaitkan dengan kluster baharu di Wizlearn Technologies Pte Ltd yang terletak di 10, Science Park Road, menjadikan keseluruhan empat kes di kluster itu.

Setakat ini, 23 kes positif dikaitkan dengan kluster Grace Assembly of God; sembilan kluster kedai ubat Yong Thai Hang; lapan kes positif dikaitkan dengan kluster The Life Church and Missions Singapore; lima dengan tapak pembinaan Seletar dan tiga dengan mesyuarat perniagaan swasta yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt Singapura.

MOH memaklumkan tiga kes jangkitan telah dibenarkan keluar dari hospital, menjadikan keseluruhan 69 orang.

— LAGI

 

COVID-SINGAPURA 2 (AKHIR) SINGAPURA

 

Salah seorang daripada mereka adalah seorang wanita rakyat Malaysia berusia 35 tahun yang juga pemegang Pas Pekerja dan tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China. Keputusan ujian mengesahkan dia dijangkiti COVID-19 pada 17 Feb.

Seorang lagi, lelaki warganegara Bangladesh berumur 37 tahun yang dikaitkan dengan  tapak pembinaan Seletar turut dilaporkan pulih.

Daripada 29 kes yang disahkan dan masih berada di hospital, kementerian itu menyatakan kebanyakan mereka stabil atau semakin pulih manakala tujuh pesakit dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi.

Sehingga tengah hari tadi, MOH telah mengenalxpasti 2,940 kontak rapat yang telah dikuarantin dan daripada jumlah ini, 191 sedang dikuarantin manakala 2,749 telah menyempurnakan tempoh kuarantin mereka.

Sumber : BERNAMA

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.