Siakap Keli

Tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat 2 Mac Ini – YDP Dewan Rakyat

Selepas pengumuman Tun Mahathir dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 semalam, Tun Mahathir ada menyatakan bahawa 2 Mac 2020 (Isnin) akan diadakan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat untuk menentukan siapa bakal menjadi Perdana Menteri ke-8.

Namun, hari ini, Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff Bin Md Yusuff mengeluarkan satu kenyataan rasmi bahawa mesyuarat Dewan rakyat itu tidak akan diadakan kerana Tun Mahathir dikatakan tidak mengikut peraturan.

Mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3), pemberitahuan dan tarikh mesyuarat akan dikeluarkan oleh saya selaku YDP Dewan Rakyat. Setakat ini, tiada notis dikeluarkan.

 

Sumber: Parlimen Malaysia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)