Siakap Keli
Gambar: Bernama

Umum Tiada Sidang Rakyat, Agong Panggil Speaker Menghadap

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, dilaporkan dipanggil sekali lagi ke Istana Negara hari ini bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Ini berikutan Mohamad Ariff dalam satu kenyataan berkata, persidangan khas Dewan Rakyat itu tidak akan berlangsung.

Katanya, Surat Pemakluman Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang ditandatangani Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11(3) kerana tiada Pemberitahuan Usul yang lengkap.

”Mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3), pemberitahuan dan tarikh mesyuarat akan dikeluarkan oleh saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat. Setakat ini tidak notis dikeluarkan,” katanya.

Sebelum itu, Perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad telah memberitahu bahawa Persidangan khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 2 Mac ini bagi menentukan calon yang mendapat majoriti untuk menjadi perdana menteri baharu.

Ianya bagi mencari jalan penyelesaian susulan pergolakan politik yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan sejak beberapa hari lalu.

Sumber: Malaysia Kini

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)