Siakap Keli

136 Pesakit Di Indonesia Dipercayai Dalam Pemantauan Covid-19, Di Jakarta Paling Ramai

Sejak beberapa bulan lalu, seluruh dunia digemparkan dengan satu penularan wabak COVID-19 yang dikatakan berpunca daripada wilayah Wuhan, China.

Sehingga kini, wabak tersebut telah dijangkiti 60 buah negara dan lebih daripada 80,000 kes positif jangkitan telah dicatatkan.

Terkini, sebuah laman web berita tempatan Indonesia mengeluarkan satu laporan berkaitan 136 pesakit di bawah pengawasan wabak Covid-19. Jumlah yang tertinggi dilaporkan di Jakarta iaitu sebanyak 35 orang.

Data tersebut dikeluarkan oleh Agensi Penyelidikan dan Pembangunan Kesihatan Indonesia.

Antara mereka adalah DKI Jakarta 35 orang, Bali 21 orang, Jawa Tengah 13 orang, Riau 11 orang, Jawa Barat 9 orang, Jawa Timur 10 orang, Banten 5 orang, Sulawesi Utara 6 orang, Jogya 6 orang, Kalimantan Timur 3 orang, Sulawesi Selatan 2 orang, Jambi 1 orang, Papua Barat 1 orang, NTB 2 orang, Bengkulu1 orang, Kalimantan Barat 1 orang, Kalimantan Tengah 1 orang, Sulawesi Tenggara 1 orang, Maluku 1 orang, Sumatera Barat 1 orang, Babil 1 orang, Sumatra Selatan 2 orang.

Namun, kesemua 136 pesakit itu bukanlah kes positif Covid-19 tetapi hanya diletakkan dalam pemantauan sahaja.

Video yang dikongsikan ini merupakan suasana di salah sebuah pulau di Indonesia yang menempatkan 188 warga Indonesia yang dikatakan terdedah dengan jangkitan wabak ini.

Pulau Subaru Kecil ini terletak di Jakarta akan digunakan sebagai penempatan 188 warga Indonesia dari World Dream Ship.

Sumber: Detik.com

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)