Sudah menjadi kebiasaan bahawa wanita itu sukar untuk difahami isi hatinya, kerana setiap manusia berlainan keinginan dan kemahuan. Mungkin bagi kaum Adam, apa yang mereka mahukan hanya melalui percakapan namun bagi seorang insan yang bernama isteri lebih suka dengan sifat memendam rasa.
Terbaru, menerusi laman Facebook, seorang lelaki Akhtar Syamir memuat naik mengenai apa ganjaran yang boleh diberi oleh seorang isteri. Menurutnya, ia mengemukakan beberapa cadangan untuk dikongsi.
Ada orang tanya, apa reward yang boleh beri kepada isteri?
Cadangan saya :
1. Bawa ke Watsons
2. Offer nak beli apa di Shopee
3. Bawa ke Salon
4. Belanja makan kat tempat yang dia suka
5. Cakap yang dia perlukan tudung baru
6. Bawa pergi IKEA
7. Pergi bercuti
8. Bawa mak dan ayahnya berjalan
9. Belikan barang keperluan rumah mentua
10. Ajak keluarganya datang rumah dan jamu mereka
11. Emas
12. Beg tangan
13. Jam
14. Bawa pergi kedai ECO
15. Jagakan anak, bagi isteri ME TIME
Korang tolong sambung lagi list ni boleh?
Ada orang tanya, apa reward yang boleh beri kepada isteri?Cadangan saya :1. Bawa ke Watsons2. Offer nak beli apa di…
Posted by Akhtar Syamir on Friday, 28 February 2020
Kesimpulannya, bukanlah sukar untuk memenuhi kehendak seorang isteri, namun kita kadangkala mengambil sifat acuh tak acuh dengan persekitaran.
Tunaikan apa yang mereka perlukan ini, pasti ada dan kebahagiaan dalam rumah tangga anda.
Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.”
— Surah an-Nisa, ayat 34
Sumber: Facebook