Siakap Keli

ADUN & 3,144 Ahli Parti Keadilan Rakyat Libaran Umum Keluar Parti

SANDAKAN, 28 Feb (Bernama) — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik, Jaffari Waliam, mengumumkan keluar bersama-sama 3,144 ahli daripada 23 ranting PKR di cabang Libaran hari ini.

Jaafari, yang juga Ketua Cabang PKR Libaran, berkata 32 daripada 38 ahli jawatankuasa cabang itu turut melepaskan jawatan masing-masing dan keluar daripada parti itu.

Beliau berkata cabang PKR Libaran itu juga dibubarkan selepas 3,144 ahli atau dua pertiga daripada 4,000 ahli cabang daripada 35 ranting itu mengisytiharkan keluar parti.

“Kami telah hilang kepercayaan terhadap presiden parti (Datuk Seri Anwar Ibrahim), yang telah terbukti gagal menguruskan parti.

“Presiden hanya mementingkan kelompok tertentu dan meminggirkan yang lain, terutama pejuang asal yang berkorban (untuk parti) sepanjang 20 tahun,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Jaffari, keputusan keluar parti dibuat susulan pemecatan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dan bekas Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin daripada parti.

Beliau juga berkata kumpulan ahli yang keluar parti itu menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad terus kekal sebagai Perdana Menteri dan kepimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah.

Sumber : BERNAMA

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.