Siakap Keli

“Kami Mahu Selamatkan Apa Yang Terjadi Kepada Negara Ini, Moga Dikabulkan Oleh Allah” – Muhyiddin

Kuala Lumpur:  Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pagi ini.

“Tujuan kami adalah untuk berusaha sebaik mungkin bagi menyelamatkan apa yang sedang dihadapi (situasi politik) di negara ini,” katanya kepada sumber sebelum bertolak ke Istana Negara dari kediamannya di Bukit Damansara di sini pada pukul 10 pagi.

Beberapa ahli politik dan presiden parti turut bersama Muhyiddin antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi, Bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali , Setiausaha Agong UMNO Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agong PAS Datuk Takiyuddin Hasan.

“Tujuan kita adalah ikhlas dan kita minta seluruh rakyat Malaysia agar mendoakan usaha yang kita buat ini akan diberikan sokongan dan doa untuk berjaya, saya harap mudah-mudahan akan dikabulkan oleh Allah,” tambahnya.

Sumber: Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)