Siakap Keli

Parti Warisan Kekal Menyokong Tun M Sebagai Perdana Menteri Ke-8

Parti Warisan Sabah masih dengan pendirian parti tersebut dengan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-8.

Perkara tersebut diumumkan Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua dalam satu kenyataan petang hari ini.

Menurut Loretto, keputusan yang dibuat selepas mengadakan mesyuarat bersama kepimpinan tertinggi parti.

“Warisan tetap dengan pendirian sebelum ini iaitu memilih Tun M sebagai Perdana Menteri,” jelasnya lagi.

Justeru itu, Majlis Tertinggi Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) juga sebulat suara menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus menerajui kerajaan.

Sumber: Awani

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)