Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Tragedi Guru Lemas Ketika Mandi Sungai Di Pensiangan

Pensiangan: Seorang guru lelaki maut dipercayai lemas ketika sedang mandi di Sungai Seliuh, Kampung Pensiangan, dekat sini, Khamis.

Ketua Polis Keningau Deputi Superitendan Shahrudin Mat Husain berkata Aramis Amukat, 50, guru Sekolah Kebangsaan Pensiangan yang berasal dari Kemabong, Tenom itu meninggal dunia di tempat kejadian.

”Polis menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai kira-kira pukul 6.19 petang Khamis yang memaklumkan seorang guru meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di sungai.

”Ketika kejadian berlaku, beberapa orang guru lain serta penduduk kampung sekitar telah berusaha memberi pertolongan cemas, namun gagal,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Shahrudin berkata mayat dibawa ke Hospital Daerah Keningau untuk bedah siasat, dan polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber: Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.