Siakap Keli

Dr Amalina Tunjuk Bukti Jangka Hayat Wanita Sekarang Lebih Lama Berbanding Orang Dahulu

Kita semua tahu populasi kaum wanita di negara ini adalah lebih ramai berbanding kaun lelaki. Purata jangka hayat rakyat di negara ini dikatakan mendatar dalam tempoh 10 berbanding dengan negara lain.

Menerusi perkongsian Dr Amalina Bakri dalam status di laman Twitternya berkata jangka hayat seseorang wanita di Malaysia boleh mencecah kepada umur 80 tahun.

Kalau ada makcik-makcik cakap orang zaman dahulu hidup lama sebab petua-petua dan berpantang tradisional, kalau tak berpantang akan sakit-sakit masa umur 40-an, anda boleh tunjuk statistik ini.

Wanita pada zaman sekarang mempunyai life expectancy (jangka hayat) sehingga hampir 80 tahun, manakala wanita pada zaman dahulu tahun (60-an) mempunyai life expectancy kurang daripada 60 tahun.

Maternal mortality rate (Kadar kematian semasa bersalin) pula telah menurun dengan banyak sekali.

Jelasnya lagi, perkara ini kerana kemajuan perubatan dan kajian bertahun-tahun, ramai wanita mendapat rawatan yang betul. Jadi dengarlah nasihat doktor.

 

Sumber: Dr Amalina Bakri

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)