Siakap Keli

Jangan Sertai Perhimpunan Di Depan Sogo – Polis

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Polis hari ini memberi amaran agar orang ramai tidak menyertai perhimpunan yang dirancang diadakan di ibu negara petang ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata kawasan yang dirancang iaitu Jalan Tuanku Abdul Rahman bukan tempat yang diwartakan untuk perhimpunan.

“Polis juga tidak menerima notis berhubung penganjuran perhimpunan itu.

“Jika perhimpunan diteruskan, ia akan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang ramai serta boleh menyebabkan kekacauan kepada ketenteraman awam,” katanya melalui WhatsApp di sini, hari ini.

Media melaporkan, terdapat kumpulan yang dikenali sebagai Jawatankuasa Demonstrasi Selamatkan Malaysia akan mengadakan perhimpunan di hadapan pusat beli-belah Sogo.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang