Naib Presiden PKR, Tian Chua ‘diserang’ oleh sekumpulanyang dipercyai penyokong parti berkenaan di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, dalam kejadian yang berlaku sebentar tadi.
Menerusi sebuah video berdurasi 1 minit 26 saat yang tular di media sosial, dkumpulan yang dipercayai penyokong parti yang tidak berpuas hati dilihat menyerbu dan melaungkan perkataan ‘pengkhianat’ kepadanya.
Malah, mereka yang berang turut bertindak agresif dengan menyimbah air dan membaling botol minuman ketika beliau cuba dibawa memasuki kenderaan.
Selain ditolak, salah seorang daripada mereka turut dilihat menampar kepala bekas Ahli Parlimen Batu itu.
Tindakan tersebut dikaitkan dengan rasa kurang senang penyokong kepada Tian Chua kerana beliau dikatakan cenderung kepada kem bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Sebelum itu, di lokasi yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dan Setiausaha PKR Selangor Mohd Razlan Jalaluddin menjadi ‘mangsa’.
Bagaimanapun keadaan dilaporkan terkawal.
Sumber: Twitter