Sebanyak 50 peratus peningkatan kes Coronavirus (COVID-19) dilaporkan di Itali, menjadikan kes terkini berjumlah 1,694 kes berbanding 1,128 kes pada Sabtu lalu.
Peningkatan drastik tersebut melibatkan kematian kira-kira 34 orang, lapor Italy’s Civil Protection Authority.
Sementara itu, Delta Air Lines turut menangguhkan penerbangan dari Amerika Syarikat ke Milan.
Penerbangan terakhir yang akan berlepas dari New York ke Itali ialah pada 2 Mac (hari ini), manakala penerbangan pulang akan berakhir pada 3 Mac (esok).
Menurut kenyataan Delta lagi, syarikat tersebut akan menyambung semula penerbangan ke Milan pada 1 Mei nanti.
Mengikut statistik terkini, Itali mempunyai kes COVID-19 tertinggi di dunia bagi negara di luar Asia.
Sumber: CNN