Siakap Keli
Gambar: Nam Phuong/Chi Nguyen

“Jangan Terlalu Baik,” Foto Gadis ‘Belek’ Baju Di ‘Mall’ Selepas Dipercayai Minta Dana ‘Backpackers’

Melancong ke luar negara sememangnya termaktub dalam salah satu aktiviti impian yang sukar untuk direalisasikan kebanyakan daripada kita. Selain daripada menyeronokkan, melancong juga banyak memberi manfaat kepada kita.

Bagi yang ingin melancong dengan kos yang agak kecil, kaedah melancong secara ‘backpacking’ adalah merupakan jalan penyelesaian bagi merealisasikan impian untuk melawat ke negara orang.

Mereka yang melancong secara ‘backpacking’ ini digelar sebagai ‘backpackers’. Golongan backpackers ini lazimnya akan mengembara ke seluruh dunia dengan berbekalkan sebuah beg dan keperluan yang sangat minimum.

Pernah timbul satu isu yang melibatkan golongan backpackers asing meminta sedekah bagi mendapatkan dana untuk meneruskan perjalanan mereka di Malaysia dahulu. Mereka ini yang rata-ratanya warga Eropah telah dilihat menjual barangan, meminta sedekah, busking secara haram.

Kegiatan tersebut juga bukanlah terjadi di Malaysia juga, ianya turut dilaporkan terjadi di negara Vietnam. Ternyata rakyat Vietnam juga sudah muak dengan kegiatan mereka.

Menurut seorang warga Vietnam menerusi perkongsian di akaun Facebook yang dimuat naiknya, dia ada berkongsikan tentang satu kejadian backpackers meminta sedekah pada seorang lelaki yang kurang berkemampuan. Status itu menyatakan:

Kita rakyat Vietnam perlu halang diri kita daripada menjadi terlalu baik hati dengan golongan backpackers! Ternampak seorang lelaki yang baik hati hari ini turun daripada basikalnya yang lusuh untuk memberikan duit kepada individu ini. Sedikit hairan kerana saya tidak dapat membezakan yang mana lebih memerlukan duit itu.

Berikut adalah detik-detik pelancong asing itu menjalankan kegiatannya:

(1) Terlihat seorang pelancong asing yang dipercayai warga Eropah memegang sekeping kadbod di sebuah jalan di Vietnam.

(2) Terlihat seorang pelancong asing yang sedang memegang kadbod yang menyatakan “Tolong, saya perlukan duit untuk makanan dan hotel” di sebuah persimpangan lampu isyarat.

(3) Kelihatan pelancong asing itu sedang asyik membelek-belek baju di sebuah kedai pakaian

Gadis tersebut yang dipercayai individu yang sama juga telah dilihat sedang ‘membelek’ pakaian yang terdapat di sebuah kedai pakaian. Foto tersebut telah dikongsikan di ruangan komen dan telah menimbulkan pelbagai spekulasi.

Sumber: Facebook

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa