Siakap Keli
Kredit: Google

Luar Biasa, Atlet Luncur Salji Ini Raih Kejuaraan Kali Ke-1000

HELSINKI, 2 Mac (Bernama) — Atlet Jerman Karl Geiger meraih gelaran juara ke-1,000 untuk dirinya apabila muncul johan dalam Kejohanan sukan luncur salji Piala Dunia yang berlangsung di Lahti, Finland pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua.

Daripada dua lompatan pada acara akhir sejauh 122.5 dan 130.0 meter, Geiger mengumpul 266.4 mata untuk memperoleh gelaran dunia buat kali keempat musim ini.

Dalam saingan pada Ahad, atlet Austria, Stefan Kraft, di tangga kedua dengan 260.5 mata manakala rakan senegara, Michael Hayboeck ketiga dengan 259.1 mata.

“Lompatan saya amat baik dan ia memang menakjubkan kerana saya dapat memenangi gelaran juara dunia buat kali ke-1000. Menang memang suatu yang istimewa dan tentu anda gembira, tidak kira ia kejohanan ke-1,000 atau ke-1001,” kata Geiger.

Peluncur salji Jerman itu turut menguasai acara berpasukan pada Sabtu dengan 984.1 mata, 2.3 mata mengatasi pasukan Slovenia dan 4.8 mata di depan peluncur Austria.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.