Siakap Keli

Permohonan Kemasukan Prasekolah 2021 Atas Talian Dibuka Bermula 1 Mac

Permohonan untuk memasuki permohonan Prasekolahatas talian untuk 2021 sudah dibuka mulai 1 Mac 2020 hingga 30 April 2020.

Perkara berkenaan dikongsikan oleh pemilika akaun Siti Haryani Azmi di laman Facebook.

”Permohonan kemasukan ke Prasekolah KPM bagi sesi 2021 hanya dibuka untuk murid yang lahir pada tahun 2015 (umur 5+) , tahun 2016 (umur 4+) dan tahun 2017 (umur 3+ bagi yang lahir pada 1 JANUARI 2017 – 15 JANUARI 2017) sahaja yang layak memohon,” katanya.

Permohonan boleh dibuat di laman web di bawah.

https://eprasekolah.moe.gov.my/index.php

Selain itu katanya, ibu bapa juga perlu mencetak dan membawa slip permehonan ke sekolah yang didaftarkan sebelum 31 Mei.

Ibu bapa juga diingatkan untuk membawa gambar anak berukurasn passport. Manakala senarai-senarai dokumen yang diperlukan boleh dirujuk di perkongsiannya dibawah.

Mak bapak sila alert. Permohonan prasekolah atas talian untuk tahun 2021 sudah dibuka mulai hari ini 1 Mac 2020 sampai…

Posted by Siti Haryani Azmi on Saturday, 29 February 2020

 

Terdapat ibu bapa yang tidak mempunyai kemudahan dan juga kemahiran IT, mungkin anda boleh meminta tolong kepada saudara mara dan sahabat anda untuk melalukan permohonan.

Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui dahulu sama ada anak anda layak untuk memasuki tahun 1 pada sesi 2021 dan 2022.

Sumber: Siti Haryanai Azmi

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.