“SAYA belum puas untuk berkhidmat kepada rakyat Perak,”
Demikianlah kenyataan hiba Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim apabila dikhabarkan berkemungkinan terpaksa berundur dari pejabatnya ekoran perubahan kabinet yang berlaku di Putrajaya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong itu kelihatan menangis teresak-esak penuh sebak apabila terpaksa menurunkan gambar potretnya sendiri di pejabat tersebut, seperti dilaporkan Astro Awani.
“Saya rasa saya mempersiapkan diri saya untuk menerima keadaan yang akan berlaku dalam dua tiga hari ini.
“Saya datang sini untuk kemas harang-barang saya.
“Namun yang paling sedih, saya terpaksa turunkan gambar saya sendiri iaitu gambar saya menerima watikah sebagai exco kerajaan negeri,” katanya semasa ditemui media di pejabatnya di Bangunan SUK Perak pada Selasa.
Katanya lagi, beliau masih mahu terus berbakti pada rakyat Perak.
“Saya exco penerangan dan kerap berjumpa masyarakat.
“Antara yang paling menyentuh hati saya ialah program santai bersama rakyat bawahan.
“Dari situlah saya dapat lihat apa rakyat Perak mahu selama ini,” tambahnya lagi.
Tegasnya, dalam kehidupan perlu ada prinsip dan kebenaran yang perlu ditegakkan.
Posted by Hasnul Zulkarnain on Sunday, 1 March 2020
Sumber: Astro Awani