Siakap Keli
Gambar: CNN

Arab Saudi Sahkan Kes Pertama Bagi Covid-19

Arab Saudi pada Isnin mengesahkan bahawa seorang rakyat negara itu yang pulang daripada Iran melalui Bahrain dijangkiti koronavirus baharu (Covid-19).

Menurut laporan, lelaki yang positif virus Covid-19 itu tidak mendedahkan kepada pihak berkuasa Arab Saudi bahawa dia telah berkunjung ke Iran sebelum Bahrain.

Menteri kesihatan Arab Saudi menyatakan bahawa sebagai salah satu langkah pencegahan, sepasukan kawalan jangkitan telah dikerahkan bagi memeriksa serta mengambil sampel lelaki itu untuk diuji di makmal.

Hasil daripada ujian makmal yang dijalankan telah mengesahkan bahawa lelaki itu dijangkiti Covid-19.

Kementerian tersebut berkata bahawa mereka telah memastikan lelaki itu diberikan rawatan dan diasingkan.

Dalam pada itu, semua yang pernah berkontak dengan lelaki itu telah dikenal pasti dan diperiksa oleh Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Negara.

Keputusan ujian makmal untuk sampel yang diambil dari kontak lelaki itu akan diumumkan sejurus selepas keputusannya diperolehi.

Pihak kementerian juga turut menyeru kepada orang ramai agar menghubungi talian hotline sekiranya ada apa-apa sebarang pertanyaan berkaitan dengan virus itu.

Sumber: Arab News

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa